Pekerja sektor awam, swasta, tunjang kemajuan negara – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pekerja sempena sambutan Hari Pekerja sambil mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka terhadap pembangunan negara.
Menurut beliau, setiap individu yang bekerja, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta, merupakan tunjang utama kemajuan dan kemakmuran negara.
“Setiap titik peluh yang dicurahkan bukan sahaja menjadi sumber rezeki buat keluarga, tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta kestabilan negara,” katanya.

Beliau turut menyeru agar usaha memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja diteruskan, di samping memupuk budaya kerja yang produktif, amanah dan berintegriti.
“Pekerja Kesuma Bangsa,” katanya mengakhiri hantaran di Facebook rasminya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






