BERITA SEMASA

PEKABS agih kurma dan biskut raya di bazar Ramadan TTDI Kajang

KAJANG – Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Anggota Badan Beruniform Negeri Selangor (PEKABS) mengedarkan pek kurma dan biskut raya kepada pengunjung Bazar Ramadan TTDI Kajang sebagai inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadan.

Sebanyak 150 pek biskut raya dan 350 pek kurma diagihkan dengan kerjasama penganjur bazar, NorHisham, yang menyambut baik usaha tersebut. Beliau turut menggalakkan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai program sumbangan seperti ini.

Menurut Pengerusi PEKABS, Mohd Hafiz Osman, program yang bermula sekitar pukul 5 petang sejurus solat Asar mendapat sambutan hangat daripada lebih 1,000 pengunjung yang hadir membeli juadah berbuka puasa.

Seramai lima sukarelawan turut membantu dalam pengagihan sumbangan.

“Usaha kecil itu diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada penduduk setempat, khususnya komuniti Kajang, serta memperkukuh hubungan antara PEKABS dan masyarakat.

Sukarelawan turut membantu dalam pengagihan sumbangan.

“Kami berharap dapat meneruskan program seperti ini sepanjang Ramadan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, PEKABS mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi memastikan program kebajikan itu dapat terus dilaksanakan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:Bank: CIMB Bank Nama Akaun: Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Anggota Badan Beruniform Negeri Selangor (PEKABS) No Akaun: 8605203754

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button