BERITA SEMASA

Pejabat Satelit LHDN di Kelantan, Terengganu ditutup sementara akibat banjir

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan beberapa pejabat satelitnya di Kelantan dan Terengganu terpaksa ditutup sementara akibat bencana banjir.

LHDN berkata, Pejabat Satelit LHDN itu hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Jelas LHDN, pejabat satelit yang ditutup melibatkan Pejabat Satelit Pasir Mas, Pejabat Satelit Pasir Puteh, Pejabat Satelit Kuala Krai dan Pejabat Satelit Hulu Terengganu.

“Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan LHDN secara dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button