
Pegawai wanita ATM wakil tunggal Asia, ASEAN sebagai speaker di Forum Pemimpin Pertahanan di Poland
WARSAW – Seorang pegawai wanita dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta sejarah apabila diberi penghormatan sebagai jurucakap tunggal dari Asia dan ASEAN dalam Forum Pemimpin Pertahanan di sini, dari 25 hingga 27 Mac lalu.
Leftenan Kolonel Ts. Dr. Maimunah Omar dari Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) merupakan antara 84 speaker terpilih dari seluruh dunia yang merupakan pegawai kanan tentera, pakar teknikal (SME) dan pemain industri pertahanan antarabangsa.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, D, Maimunah mengetengahkan peranan penting tentera dalam pengurusan dan pengendalian bencana di rantau ASEAN dalam perkongsiannya bertajuk ‘Military and HADR Logistics in ASEAN: Challenges and Opportunities’
“Perbincangan beliau memberi tumpuan kepada mekanisme dan kerangka kerja serantau seperti ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER), ASEAN Militaries Ready Group (AMRG), Disaster Emergency Logistic System for ASEAN (DELSA), serta pelbagai platform lain.
“Beliau turut menekankan kerjasama erat antara negara-negara ASEAN dalam menghadapi pelbagai cabaran kemanusiaan dan bencana alam, serta bagaimana pasukan tentera menjadi tulang belakang dalam usaha bantuan dan pemulihan,” menurut MINDEF.

Menariknya, Dr. Maimunah turut berkongsi mengenai kolaborasi strategik yang dijalankan bersama Kesatuan Eropah (EU) menerusi inisiatif Enhancing Security Cooperation in and with Asia (ESIWA), Angkatan Tentera Jerman, dan MiDAS.
Hasil kerjasama itu bakal menyaksikan satu seminar dan bengkel pengurusan bencana peringkat ASEAN dianjurkan di Kuala Lumpur pada September 2025.
Pemilihan beliau sebagai speaker forum berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam seminar dan bengkel Five Power Defence Arrangement (FPDA) – Logistic Group dan FPDA Working Group yang berlangsung tahun lalu.
“Penyertaan Dr. Maimunah bukan sahaja mengharumkan nama ATM, malah mengangkat martabat wanita Malaysia di pentas antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau,” kata MINDEF dalam kenyataan hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |