BERITA SEMASA

Pegawai JKM disyaki terima rasuah RM40,000 ditahan reman SPRM

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan, Sabah, menahan reman seorang pegawai kemajuan masyarakat sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sandakan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada beberapa individu dan kontraktor melibatkan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 1 Mei 2025 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dikeluarkan Hakim Zaini Fishir selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Sandakan, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima wang rasuah sekitar RM40,000 sejak 2022 sehingga 2025 sebagai dorongan memberikan projek permbinaan rumah berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor.

Susulan itu, suspek telah ditahan sekitar jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button