Berita Semasa

PDRM terima RM11.33 bilion, 18 projek pembinaan diluluskan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima peruntukan sebanyak RM11.33 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi memastikan kelangsungan dasar sedia ada, program khusus dan pembangunan infrastruktur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, peruntukan itu merangkumi RM30 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti, selain kelulusan 18 projek pembinaan yang melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai polis, perumahan dan fasiliti lain dengan jumlah keseluruhan RM2.3 bilion.

pdrm

“Ini merupakan jumlah projek paling banyak diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia selaras dengan aspirasi Malaysia Madani untuk membangunkan negara yang lebih mampan dan makmur dengan nilai daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

 

PdrmDalam pada itu, Razarudin berkata, warga PDRM menyambut baik usaha kerajaan memperkasakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diyakini mampu memperkukuhkan kebajikan dan motivasi penjawat awam, termasuk anggota polis.

“Segala manfaat yang telah dinikmati ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan anggota keselamatan.

“PDRM akan terus mendukung segala dasar yang diperkenalkan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button