
Berita Semasa
PDRM Defenders juara Divisyen 1 STL
KUALA LUMPUR – PDRM Defenders dinobatkan sebagai juara Divisyen 1 Sepak Takraw League (STL) musim 2022/23 selepas menewaskan Terengganu Turtles di aksi final, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium MABA itu, PDRM Defenders terlebih dahulu ditewaskan di set pertama 21-8 sebelum bangkit mengikat kedudukan dengan kemenangan 18-21 di set kedua.
Di set penentuan, anak buah Mohd. Khalid Alias berjaya menundukkan lawan 20 – 22 dengan bergaya.
Kemenangan itu juga sekaligus membantu PDRM Defenders naik ke saingan liga teratas STL iaitu Liga Premier bagi saingan musim depan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |