BERITA SEMASALUAR NEGARA

Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB gagal luluskan resolusi gencatan senjata di Gaza

PUTRAJAYA – Malaysia melahirkan rasa amat kesal terhadap kegagalan berulang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi bagi mendesak gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar memaklumkan resolusi berkenaan yang disokong majoriti jelas negara anggota gagal diluluskan susulan penggunaan kuasa veto, sekali gus menjejaskan usaha menangani salah satu tragedi kemanusiaan paling buruk sejak Perang Dunia Kedua.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang membunuh orang awam, melaksanakan genosid serta menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Malaysia turut menegaskan pendirian bahawa satu-satunya jalan penyelesaian adil dan berkekalan untuk menjamin keamanan serta kestabilan di rantau itu adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Baca juga : PM Anwar masyarakat antarabangsa tegas, konsisten dalam isu Gaza

Ia adalah berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia dan sejajar dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan rakyat Palestin,” kata kenyataan itu lagi.

Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa agar terus berusaha memastikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah dapat dicapai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button