BERITA SEMASA

Patuh titah Seri Paduka, UMNO batalkan himpunan solidariti Najib Razak 6 Jan ini

KUALA LUMPUR – Parti UMNO tidak akan meneruskan Perhimpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 6 Januari depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai parti yang konsisten memperjuangkan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti, mereka akur dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kuasa prerogatif baginda.

“UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku supaya menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“(Sehubungan itu) UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Asyraf, UMNO menjunjung titah Seri Paduka dan sebagaimana diarahkan Ketua Polis Negara, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan tersebut.

“UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam memberikan keadilan penuh kepada Najib Razak.

“UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh ahli parti yang sudahpun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button