
Pasukan Malbatt boleh balas serangan IDF tapi bersyarat – Khaled Nordin
KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang sedang menjalankan misi pengaman di selatan Lubnan dibenarkan untuk membalas serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sekiranya diserang.
Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, serangan itu hanya bagi tujuan mempertahankan diri (self-defense), bukannya serangan secara ofensif.
“Jika berlaku serangan dan dari segi ‘Force Protection Measure’ yang ditetapkan, kalau untuk mempertahankan diri maka memang boleh untuk balas tembakan tapi kalau kita mahu lakukan serangan ofensif, ia tidak dibenarkan kerana peranan pasukan Malbatt adalah sebagai pengaman,” katanya.
Belia berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Daruk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai adakah pasukan Malbatt di Lubnan dibenarkan untuk melakukan serangan sekiranya diserang IDF.
@malaysiatribune Penyertaan Malaysia dalam misi di Lubnan tertakluk kepada keputusan Unifil (United Nations Interim Force In Lebanon) malbattmisibakarat #malbatt#atm #mindef #khalednordin
Pada masa yang sama, Mohamed Khaled turut memaklumkan keadaan semasa pasukan Malbatt 850-11 di Lubnan masih dalam keadaan terkawal dan berada dalam keadaan selamat.
“Laporan yang diterima keselamatan dan keadaan semasa anggota dan pasukan Malbatt 850-11 Malaysia di Lubnan masih dalam keadaan terkawal.
“Tahap keselamatan semasa pasukan juga selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan aset di kawasan yang dijaga dan dikawal pasukan kita sepanjang tempoh perang IDF dan Hezbollah.
Tambah Khaled, kesemua pasukan dibawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) termasuk pasukan Malbatt 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan, diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.
“Mengambil kira keselamatan petugas, markas UNIFIL juga telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu mengikut prosedur sehingga keadaan terkawal.
“Saya tegaskan juga, MINDEF melalui ATM akan terus memantau situasi di selatan Lubnan dan akan mengemas kini sebarang perkembangan melibatkan pasukan Malbatt 850-11,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai pelan pengunduran pasukan Malbatt 850-11 dari Lubnan, Khaled berkata, perkara itu hanya boleh diputuskan oleh UNIFIL dengan persetujuan kesemua 50 negara anggota yang terlibat dalam misi pengaman di selatan Lubnan.
“Soal sama ada pengunduran dan sebagainya kita memang sudah ada pelan yang disediakan sekiranya keadaan meruncing tetapi keputusan mestilah dibuat oleh UNIFIL kerana kedudukan kita disana kita dibawah arahan UNIFIL.
“Semua operasi dan tanggungajawab pasukan kita dibawah UNIFIL, mereka yang buat keputusan sama ada kita berundur atau tidak itu semua ditangan UNIFIL dan perlu mendapat persetujuan semua 50 negara yang terlibat bukannya tindakan unilateral iaitu tindakan kita bersendirian.
“Seperti Indonesia yang mana tentera mereka cedera atas serangan Israel, Menteri luar mereka buat kenyataan bahawa mereka akan terus menjayakan pasukan pengaman di sana,” maklum Menteri Pertahanan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |