BERITA SEMASA

Pasangan suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan

HULU SELANGOR – Pasangan suami isteri maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.05 pagi tadi, motosikal jenis Yamaha Nmax yang ditunggang oleh suami berusia 38 tahun bersama pembonceng berusia 36 tahun telah melanggar kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di tepi jalan akibat rosak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, motosikal dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai telah merempuh kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi sebelum terpelanting ke sebelah kanan dan terkena pada kereta jenis Toyota yang sedang melalui jalan tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang dari kampung halaman di Kamunting, Perak ke Kuala Lumpur.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa tidak perasan kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Mangsa telah melanggar bahagian belakang kenderaan 4×4 tersebut, mengakibatkan kedua-dua mangsa telah terpelanting dan terkena pada kereta Toyota yang sedang melalui jalan itu.

“Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button