
Pasangan Cina kahwin adat Melayu terima pujian Menteri Perpaduan
KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, meluahkan rasa tersentuh dan bangga dengan tindakan pasangan pengantin, Chang Jeff Sun dan Ng Sow Gee yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan adat Melayu.
Menurut Aaron, pendekatan yang diambil oleh pasangan itu bukan sahaja mempamerkan keunikan budaya tempatan, malah mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang sebenar dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasangan berkenaan atas usaha memperlihatkan keindahan serta keunikan budaya tempatan yang mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum.
“Inilah erti sebenar kesatuan apabila kepelbagaian diraikan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang,” katanya dalam kenyataan di Facebook milik beliau.
Aaron berkata, tindakan pasangan itu turut memperlihatkan penghargaan terhadap warisan budaya negara yang terus hidup merentas kaum dan generasi.
“Warisan budaya dapat menjadi jambatan yang menyatukan hati rakyat Malaysia, dan saya amat berbangga melihat contoh seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aaron turut berharap kisah pasangan itu menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus memperkukuh perpaduan dan menghargai kekayaan budaya negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |