PAS kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam keras serangan Israel yang mengorbankan nyawa Ketua Politik Pasukan Pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya ibu kota Iran, Tehran.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh atas tragedi yang menimpa mereka.
Beliau juga mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas mangsa dan mengurniakan ganjaran syahid.
“Seluruh dunia perlu mengutuk tindakan pengecut Israel yang bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menekankan bahawa perjuangan Palestin tidak pernah bernoktah dan sokongan terhadap perjuangan itu tidak bermusim.
“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






