BERITA SEMASASUKAN

Paris 2024: Jonathan terkandas di pusingan kelayakan

KUALA LUMPUR – Atlet menembak, Johnathan Wong menjadi atlet negara pertama menamatkan saingan dalam temasya Olimpik di Paris apabila gagal layak ke pusingan akhir acara 10 meter (m) Air Pistol.

Dalam pusingan kelayakan yang diadakan hari ini, Johnathan meraih 570 mata bagi menamatkan saingan di tempat ke-26.

Untuk rekod, hanya lapan penembak terbaik akan mara ke pusingan akhir.

Pada temasya di Rio, Brazil empat tahun lepas, Johnathan menamatkan saingan dalam acara yang sama di peringkat kelayakan di tempat ke-28 dengan 574 mata.

Manakala dalam acara 50m Free Pistol, Johnathan meraih 535  untuk berada di kedudukan ke-37 keseluruhan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button