BERITA SEMASA

Paras air Sungai Kemaman kritikal, penduduk diminta berwaspada

KEMAMAN – Paras air di Stesen Rumah Pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kemaman dilaporkan mencecah 4.20 meter, melepasi tahap bahaya, pada pukul 5 petang ini.

Sementara itu, bacaan hujan di Rumah Pam Paya Paman pula mencatatkan intensiti 70 mm/jam yang dikategorikan sebagai sangat lebat.

Keadaan dijangka bertambah buruk apabila air dari hulu Sungai Kemaman bertembung dengan fenomena air pasang tertinggi dianggarkan pada paras 3.1 meter sekitar pukul 9.01 malam.

Menurut JPS Kemaman, beberapa kawasan rendah, khususnya di sekitar Bandar Chukai, dijangka terjejas akibat limpahan air.

Antara kawasan yang dikenal pasti termasuk Kampung Padang Lalang Binjai, Kampung Pasir Minal, Kampung Pulau Tempurung, Kampung Bukit Mentok,
Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Tempurung,
Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Geliga Jambatan Kampung Kuala Kemaman.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan seperti memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi serta bersiap sedia untuk kemungkinan berpindah.

“Penduduk di kawasan rendah perlu memantau perkembangan semasa kerana paras air yang terus meningkat boleh menyebabkan banjir lebih teruk, terutamanya di kawasan berhampiran sungai dan saliran utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan mematuhi arah berpindah bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button