
Panglima Tentera Darat lakar sejarah dimasyhur ahli ke-300 ‘Hall of Fame’ USACGSC
KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan melakar sejarah apabila dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC).
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyaataan hari ini memaklumkan, majlis penganugerahan kepada PTD itu diadakan di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat (AS), semalam.
“Penganugerahan yang diterima oleh PTD ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
“PTD merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC selepas Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Datuk Nordin (PTD Ke-19),” katanya.
Turut hadir pada majlis penganugerahan itu Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Hartiah Hamzah.
Sebagai rekod, Muhammad Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |