
Panglima Angkatan Tentera lawat kawasan operasi, santuni pasangan kembar bertugas di Kem Gubir
GUBIR – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar semalam mengadakan lawatan ke kawasan operasi di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) 6 Briged di Markas Taktikal Kem Gubir, Kedah.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terus memperkukuh perpaduan dan memastikan ketumbukan ATM kekal digeruni lawan serta disegani kawan.
“Warga ATM mesti terus merapatkan barisan dan memperkukuhkan kesatuan bagi memastikan tiada ruang untuk mana-mana pihak mencetuskan perpecahan.
“Warga ATM digesa untuk memastikan tiada ruang untuk mana-mana pihak mencetuskan perpecahan,” katanya.
Turut hadir dalam lawatan itu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Mohd Nizam (kanan) bersama Muhammad Hafizuddeain (kiri) bertemu pasangan kembar anggota, Kpl Mohamed Faris Shaizat Nodin dan Kpl Mohamed Faris Sharmell dari 14 RAMD (Mek) yang bertugas bersama dalam operasi di KTJ.Sebelum mengakhiri lawatan kerja rasmi dan berlepas dengan helikopter, PAT turut meluangkan masa bertemu serta bertegur sapa dengan anggota 14 RAMD (Mek) yang melaksanakan Operasi Kota B/C/D dan Operasi Pagar II Siri 1/2025.
Mohd Nizam juga berkesempatan bertemu pasangan kembar anggota, Kpl Mohamed Faris Shaizat Nodin dan Kpl Mohamed Faris Sharmell dari 14 RAMD (Mek) yang bertugas bersama dalam operasi di KTJ.
Anggota yang berasal dari Bachok, Kelantan itu adalah aggota Rejimen Polis (RP) yang menyertai ATM pada 5 Ogos 2017 melalui pengambilan Perajurit Muda Siri 184/17 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |