
Pangkalan TUDM di Alor Setar turut ditenggelami air
ALOR SETAR – Situasi banjir di sini turut menjejaskan operasi Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), setelah kawasan tersebut turut dinaiki air antara 0.8 meter hingga satu meter.
Situasi sama turut menyebabkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sepenuhnya serta semua penerbangan masuk dan keluar dibatalkan sejak semalam.
Difahamkan, Pangkalan TUDM yang turut menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

Turut dilaporkan terjejas adalah kawasan hangar menempatkan pesawat latihan Pilatus PC-7, apabila air turut memenuhi kawasan sekitar dan landasan pangkalan.
Difahamkan, banjir turut menyebabkan beberapa bangunan bawah kendalian TUDM dinaiki air, namun keadaan masih terkawal setakat pagi tadi.
Dimaklumkan, anggota TUDM yang bertugas hari ini, telah dikerah memindahkan peralatan dan kelengkapan milik pasukan ke kawasan selamat berikutan amaran cuaca hujan berterusan ketika ini.
Bagaimanapun, operasi pangkalan tersebut masih berjalan seperti biasa dengan semua anggota masih bertugas mengikut jadual ditetapkan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |