Pameran Setem 2025 @ Putrajaya semarakkan semangat patriotisme penjawat awam
PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Persatuan Filateli Malaysia (PSM) menganjurkan Pameran Setem 2025 @ Putrajaya.
SPA dalam satu kenyataan berkata, pameran itu diadakan di Galeri SPA pada 17 hingga 18 April lepas.
Menurut Timbalan Pengerusi SPA, Datuk Zohari Said, pameran ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.
“Inisiatif ini merupakan satu pendekatan baharu bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam melalui nilai-nilai sejarah yang dapat disampaikan menerusi setem dan bahan berkaitan pos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Presiden PSM, Muhamed Salim Mohd Ali berkata, pengunjung ke pameran itu turut didedahkan dengan bahan setem dan bahan pos yang berkaitan dengan masjid, rumah ibadat, perjuangan rakyat Palestin, sampul surat hari pertama, serta surat-menyurat yang mempunyai nilai sejarah.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk jualan filateli oleh Pos Malaysia dan peniaga setem, sesi perkongsian hobi mengumpul setem, serta cabutan bertuah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
