Berita Semasa

Paling ramai daki Gunung Kinabalu dengan berbaju batik, MPSepang berjaya catat nama dalam Malaysia Book of Records

KOTA KINABALU – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records selepas sekumpulan pendakinya berjaya menawan Gunung Kinabalu dengan berpakaian Batik Selangor.

Menurut MP Sepang dalam satu kenyataan, misi itu yang bermula pada 26 Januari lalu dan berakhir esok adalah salah satu usaha pihaknya menyahut usaha Kerajaan negeri yang telah memperkenalkan dan mempromosikan Batik Selangor sebagai salah satu pakaian di dalam upacara atau majlis rasmi negeri.

“Justeru itu, MPSepang mengambil inisiatif ini untuk memperagakan Batik Selangor yang menampilkan rekaan bermotifkan corak Bunga Tanjung sekaligus mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records di atas puncak Gunung Kinabalu.

“Bunga Tanjung menjadi identiti Negeri Selangor kerana mempunyai 9 kelopak yang mewakili 9 daerah di Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 36 kakitangan MPSepang telah menyertai pendakian itu dan berjaya sampai di puncak gunung semalam.

Menurutnya, lebih manis pendakian itu turut diketuai oleh Yang Dipertua MPSepang iaitu Datuk Abd. Hamid Hussain bersama-sama Pengarah-Pengarah Jabatan dan kakitangan MPSepang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button