BERITA SEMASA

Pakej Rahmah Prabayar Siswa mulai 16 Ogos ini

PUTRAJAYA – Langganan Pakej Rahmah Prabayar Siswa bakal disediakan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih bermula 16 Ogos ini.

Menurut Kementerian Komunikasi, pakej itu menawarkan harga pakej prabayar tidak melebihi RM30 dan data permulaan internet minimum 30GB dengan tempoh sah laku selama 180 hari.

Katanya, langganan pakej itu adalah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.

“Kerajaan Madani cakna dengan peningkatan kos sara hidup yang dilihat semakin tinggi dan golongan pelajar lepasan menengah antara yang terkesan.

“Justeru itu, Kementerian Komunikasi memastikan kos ketersambungan (connectivity) internet yang lebih rendah dan tempoh sah laku (validity) prepaid yang lebih panjang kepada golongan pelajar yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kementerian turut berkata pihaknya komited dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada golongan itu khususnya akses bagi tujuan pembelajaran.

Sementara itu, pelajar terbabit yang ingin mendaftar langganan pakej itu haruslah mengemukakan dokumen kad pengenalan dan pengesahan identiti pelajar.

Pengesahan identiti pelajar itu boleh dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu menggunakan kad pelajar, e-mel rasmi pelajar atau surat pengesahan identiti pelajar daripada pihak pengurusan institusi masing-masing.

IPTA dan ILKA yang terpilih bagi langganan pakej tersebut adalah seperti berikut: –

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button