BERITA SEMASA

OUM ambil maklum dakwaan kakitangan cela pegawai perubatan, hina vaksin

KUALA LUMPUR – Open University Malaysia (OUM) mengambil maklum berkenaan insiden melibatkan salah seorang kakitangannya yang dikatakan telah mencela pegawai perubatan dan mencemuh kematian mereka yang mengambil vaksin.

OUM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius berhubung isu berkenaan dan sedang giat meneliti situasi tersebut.

“OUM komited untuk memupuk nilai saling menghormati, profesionalisme dan integriti di setiap aspek operasi kami.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan, kami mengiktiraf kepentingan bagi mewujudkan persekitaran yang positif dan penuh rasa hormat, sama ada dalam komuniti mahupun di platform dalam talian.

“Kami juga menghargai maklum balas dan keprihatinan yang dikongsi oleh orang awam dan ingin memberi jaminan bahawa perkara ini sedang ditangani dengan teliti dan penuh tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Sakinah Sulong menggesa agar OUM mengambil tindakan yang lebih serius, memandangkan perbuatan kakitangan itu telah mengguris hati banyak pihak.

https://www.facebook.com/sakinah.sulong/posts/pfbid0znHb24qCYHNEK2fiEGDEXQV17CLitEY2SCCFxVVDMMGxpEFvN6zySTRopRSjndK1l?rdid=e8qvjYZFTiaW05oQ#

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button