O’Reilly buat hal lagi, serang isu pendapatan isi rumah Malaysia
KUALA LUMPUR – Pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS) yang sering mencetuskan kontroversi, Bill O’Reilly, kembali ‘buat hal’ lagi menyerang Malaysia.
Menerusi aplikasi TikTok, O’Reilly secara terbuka membandingkan statistik pendapatan per kapita isi rumah rakyat negara ini dalam tempoh setahun dengan AS.
Dia mendakwa rakyat Malaysia hanya memperoleh AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan AS$42,220 (RM184,628).
“Angka itu menjadikan ia perbezaan sebanyak lapan kali ganda. Malaysia marah pada saya, ini cerita tidak masuk akal,” katanya sinis.
Perbezaan lapan kali ganda itu dijadikan hujah oleh O’Reilly untuk memperlekeh kemarahan rakyat Malaysia terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan Asia Tenggara sebagai ‘tiada wang’.
Lebih mengejutkan, O’Reilly sendiri mengakui bahawa dia adalah seorang ‘penjajah’ – satu pengakuan yang menambah bara dalam kemarahan rakyat rantau ini.
Terdahulu, kenyataan O’Reilly itu turut mendapat kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan pandangannya sebagai angkuh, jahil dan berbaur ideologi penjajah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






