
Orang ramai disaran rancang perjalanan sempena AMM Ke-58 di KLCC
KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan susulan jangkaan gangguan trafik berikutan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang akan berlangsung pada 8 hingga 11 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan trafik dijangka bermula lebih awal iaitu pada 4 Julai melibatkan kawasan dalam radius satu kilometer dari KLCC serta laluan utama dan lebuh raya yang menjadi akses ke pusat bandar.
“Langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran urusan mesyuarat serta menjamin keselamatan semua delegasi yang hadir,” menurut kenyataan itu.
Pihak polis dijangka mengeluarkan maklumat terperinci mengenai laluan terjejas dan sebarang penutupan jalan dalam masa terdekat bagi memudahkan perancangan perjalanan orang awam.
Sebagai tuan rumah bagi mesyuarat penting peringkat serantau itu, Kementerian Luar komited memastikan penganjuran berlangsung lancar tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |