BERITA SEMASAPMX

Orang ramai dijemput buka puasa dengan PM Anwar esok – Mohd Na’im

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjemput orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Mohd. Na’im berkata, majlis itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, di sini bermula pukul 5.30 petang hingga 8 malam.

“Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya dalam satu hantaran di akauan Facebook miliknya, hari ini.

Tambahnya, majlis akan turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin dengan judul “Ramadan Pemacu Ummah MADANI” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button