BERITA SEMASAPMX

Operasi teroka minyak di Laut Cina Selatan akan diteruskan – PM

VLADIVOSTOK – Malaysia akan meneruskan penerokaan kawasan minyak dan gas di Laut China Selatan demi kelangsungan ekonomi negara meskipun terdapat bantahan dari China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan yang mengatakan Malaysia menceroboh kawasan perairan China itu dibuat berdasarkan pemahaman negara itu sedangkan Malaysia tidak pernah menceroboh perairan negara lain.

Bahkan katanya, tiada sebab untuk Malaysia melakukan tindakan provokatif terhadap China.

“Penerokaan minyak ini dalam kawasan perairan kita sendiri. Mengenai bantahan yang dibuat oleh China, kita sedia beri respons dan menerangkan kedudukan kita kerana kita tidak melakukan provokasi.

“Beijing hantar nota bantahan kerana dia rasa itu kawasan dia. Tetapi kita kena teruskan operasi ini kerana ini adalah berkaitan kelangsungan ekonomi kita,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada sidang media Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke sini, di atas jemputan Presiden Rusia sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 anjuran Yayasan Roscongress.

Sebelum ini media Filipina melaporkan kebocoran nota diplomatik Beijing kepada Malaysia yang membantahan operasi Petronas di Laut Cina Selatan yang didakwa China menjadi miliknya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 200 batu nautika yang dikongsi oleh Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam, berada di bawah kedaulatannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button