BERITA SEMASA

Operasi kebun haram: Polis terima 22 laporan 

RAUB – Polis mengesahkan telah menerima 22 laporan berhubung operasi penguatkuasaan pihak berkuasa terhadap kebun durian haram di Sungai Ruan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, laporan tersebut dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan.

“Kesemua laporan ini dibuat sebagai sokongan kepada tindakan penguatkuasa menjalankan tugas dalam operasi terhadap kebun durian Musang King haram di Sungai Ruan.

“Jadi, kemungkinan ada lagi laporan lain yang akan menyusul selepas ini,” katanya menurut laporan Sinar.

Mohd Shahril, turut mengingatkan orang ramai supaya membuat tindakan berdasarkan undang-undang bagi memastikan keamanan negeri dan negara.

“Jangan ambil tindakan sendiri dan mengganggu keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Semua pihak juga tidak seharusnya menyentuh isu 3R – raja, agama, dan kaum, serta jangan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman,” ujarnya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button