BERITA SEMASA

Operasi kaunter perkhidmatan percukaian di Menara LHDN JB dibuka pada skala terhad

CYBERJAYA – Operasi kaunter perkhidmatan percukaian di Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Johor Bahru, Johor dibuka pada skala yang terhad berikutan kerja-kerja naik taraf di menara itu dilanjutkan hingga 30 November ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, sebagai alternatif, pembayar cukai digalakan menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.

“Selain itu, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk berkunjung ke pejabat LHDN berdekatan seperti UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-89111000 atau 03-89111000 (luar negara); HASiL Live Chat atau melalui borang maklum balas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button