BERITA SEMASA

Op Selamat hari ketiga rekod 35 kematian

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat kemalangan jalan raya naik mendadak selepas 35 kes direkodkan pada hari ketiga Op Selamat ke-22 semalam.

Jumlah kematian tersebut meningkat hampir sekali ganda berbanding kes yang direkodkan kelmarin iaitu sebanyak 18 kes.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu infografik di Facebook hari ini berkata, sejumlah 1,289 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara semalam.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Terdahulu, media melaporkan PDRM akan melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bermula 8 hingga 13 April di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button