BERITA SEMASA

Ooi Eow Jin meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Komposer legenda, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 4.48 petang tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh isterinya, Datin Khaw Lean Kee kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) sebentar tadi.

“Pihak YKAT baru sahaja menerima panggilan daripada Datin Khaw Lean Kee yang mengatakan suami beliau Datuk Ooi Eow Jin baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

“Panggilan ini kami terima sekitar jam 4.48 petang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurut YKAT, mendiang merupakan pemuzik terkenal tanah air yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan.

Keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus COVID-19.

Beliau banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button