
Nurul Izzah, suami tunai haji
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Yin Shao Loong menunaikan ibadah haji.
Berita itu adalah berdasarkan video yang dikongsikan di akaun TikTok Nurul Izzah’s Fans pagi ini.
https://www.tiktok.com/@nurulizzah_fans/video/7510419962851298568?_t=ZS-8wt8beuDJMF&_r=1
Nurul Izzah sebelum ini pernah memaklumkan akan menunaikan Rukun Islam kelima semasa Kongres Nasional PKR bulan lalu.
Beliau ketika itu menewaskan Datuk Seri Rafizi Ramli, sekali gus dinobat sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu.
Difahamkan, selepas kembali daripada menunaikan haji, Nurul Izzah akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan hubungan antara ahli dalam parti.
Ia termasuk memberi fokus untuk melakukan reformasi dalaman bagi menumpukan sepenuh kekuatan jentera ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |