
Noor Aishah, isteri Presiden pertama Singapura, meninggal dunia pada usia 91 tahun
SINGAPURA – Noor Aishah, isteri kepada Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Berita itu dikongsikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dalam satu hantaran di Facebook hari ini dengan melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian tokoh berkenaan.
“Dengan penuh kelembutan dan kekuatan yang tenang, beliau sentiasa berada di sisi Yusof Ishak dan memberikan sokongan teguh sepanjang tempoh mencabar ketika negara ini sedang dibina,” katanya.
Wong turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kebajikan dan khidmat masyarakat.
“Di luar Istana, beliau mendedikasikan diri dalam perkhidmatan masyarakat menerusi pertubuhan seperti Palang Merah Singapura dan Persatuan Wanita Islam Singapura (PPIS).
“Kebaikan dan sumbangan beliau menyentuh kehidupan ramai – semoga legasi beliau terus menjadi inspirasi kepada kita semua,” katanya lagi.
Dilahirkan di Selangor pada 1933, Noor Aishah berkahwin dengan Yusof Ishak pada tahun 1949 ketika berusia 16 tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |