
Nik Abduh, dua lagi dilantik anggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dilantik.
Dua lagi yang turut dilantik adalah Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.
Tempoh pelantikan mereka bermula 25 April tahun ini sehingga 25 April 2028.

Surat cara pelantikan kepada mereka diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, di bangunan Parlimen, hari ini.
“JKMR berperanan penting dalam menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.
“Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR),” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Tambah Anwar, pelantikan ini diharap diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.
“Ini sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” kata Anwar lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |