BERITA SEMASAPMX

New Zealand, Malaysia setuju tingkat nilai perdagangan dua hala

PUTRAJAYA – New Zealand dan Malaysia bersetuju meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 15 peratus pada 2030.

Laporan BERNAMA yang memetik kenyataan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon berkata, kedua-dua negara juga sedang bekerjasama untuk e-pensijilan dan kerjasama kastam baharu bagi memastikan aliran lancar di sempadan.

“Kami juga telah membincangkan mengenai pengukuhan pautan pendidikan dan pertukaran belia kami supaya generasi New Zealand dan Malaysia akan datang mempunyai hubungan erat yang sama seperti kami nikmati,” katanya.

Luxon dilaporkan berkata demikian semasa sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Luxon mengadakan lawatan rasmi di Malaysia dari 1 hingga 3 September, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan tersebut pada November 2023.

Semasa lawatannya, Luxon bertemu dengan Anwar untuk meneroka usaha baharu bagi mempererat hubungan dua hala, dengan tumpuan khusus bagi mengembangkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan pertahanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button