BERITA SEMASAPMX

Negara Barat hipokrit, berat sebelah terhadap konflik di Gaza – PM Anwar

VLADIVOSTOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam dasar negara-negara Barat terhadap konflik Palestin-Israel dan Semenanjung Gaza adalah tidak bermoral dan hipokrit berbanding pendekatan mereka terhadap krisis Ukraine.

Dalam wawancaranya bersama agensi berita Rusia RIA Novosti dan penyiar RT, Anwar berkata, negara Barat mengabaikan prinsip moral yang bercanggah dalam cara mereka melihat konflik seperti di Ukraine berbanding di Gaza.

“Anda dapat lihat percanggahan yang ketara, kadangkala saya anggap ia seperti “apocalyptic” (kiamat), tetapi akhirnya apa yang penting adalah untuk mencapai keamanan,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF), lapor Sputnik.

Mengulas mengenai tindakan Barat di Ukraine dan Semenanjung Gaza, Anwar berkata bahawa keengganan kuasa Barat untuk mengikut prinsip penyelesaian konflik secara aman adalah mengejutkan.

“Kami menyokong penyelesaian secara aman, sama ada berhubung Ukraine atau sebahagian besar Gaza dengan kekejaman yang sedang menimpa rakyat Palestin di Gaza, serta ketidakupayaan dan pengabaian sepenuhnya prinsip oleh kuasa Barat, ini sangat mengejutkan bagi saya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button