
Nas Ahmad meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Berita pemergian Allahyarham dikongsi oleh pengacara Fedtri Yahya di Instagram (IG) miliknya, sebentar tadi.
“Buat yang mengenali wartawan Nas Ahmad beliau telah meninggal dunia pagi tadi,” tulisnya.
Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun kira-kira jam 10 pagi.
Terdahulu, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.
Allahyarham juga sebelum ini pernah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan sumbangan kepadanya beberapa bulan lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |