BERITA SEMASADALAM NEGERI

Napie pemain gitar kumpulan Spider meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas jurutera bunyi Studio Luncai Emas milik M. Nasir, Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie Spider meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Berita pemergian almarhum yang merupakan pemain gitar kumpulan Spider itu disahkan oleh isteri beliau, Norasidah Said, memetik Astro Awani hari ini.

Norasidah dilaporkan berkata, suaminya dikejarkan ke hospital pada pukul 12 tengah malam dan menghembuskan nafas terakhir pada 3.54 pagi.

Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata.

Menurut Norasidah, jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Cahaya Iman, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button