Berita Semasa

Naik taraf stadium: Kerajaan negeri terima geran perlu beri komitmen terhadap garis panduan ditetapkan KBS

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri yang bersetuju menerima geran berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf stadium negeri masing-masing perlu memberi komitmen terhadap beberapa garis panduan yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk RM200,000 digunakan untuk naik taraf padang dengan menukar rumput kepada jenis rumput bilah halus (fine- blade grass).

Selain itu, baki RM300,000 pula adalah untuk naik taraf sistem saliran padang serta menggunakan khidmat kontraktor yang berwibawa dan sesuai dengan standard yang digariskan oleh Malaysian Football League (MFL).

Menurutnya lagi, lokasi stadium yang dipilih perlu dipersetujui oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat pandangan MFL.

Hannah Yeoh berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Menteri/ Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bil.1/ 2024 di Menara KBS semalam.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengukuh dan memupuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam pembangunan belia dan sukan serta membincangkan isu-isu semasa dan langkah penyelesaian mengenai belia dan sukan di peringkat akar umbi.

Terdahulu, KBS menawarkan RM7 juta menerusi geran untuk meningkatkan kualiti padang di stadium setiap negeri sebagai persediaan musim Liga Malaysia 2024/2025.

Geran RM500,000 ditawarkan kepada semua 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan untuk kerja-kerja naik taraf sistem saliran dengan kos RM300,000 dan RM200,000 lagi untuk menanam rumput baharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button