BERITA SEMASA

Nahas penuntut UiTM: Seorang lagi mangsa stabil, tidak alami kecederaan serius

DUNGUN – Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, yang menjadi mangsa dalam kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di Kampung Sura Hujung, di sini semalam berada dalam stabil.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Dr Sazili Shahibi berkata, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Menerusi keterangan pegawai perubatan yang merawat pelajar ini, dia berada dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Bagaimanapun, pelajar terbabit yang menerima beberapa jahitan di bahagian badan kini ditempatkan di wad di Hospital Dungun untuk pemantauan sehingga beransur pulih.

“Pelajar itu kini ditemani ibu bapanya yang baru tiba dari Keramat, Kuala Lumpur, sejak 4 pagi tadi,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, Sazili bersama Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Prof Dr Mazidah Puteh menziarahi Muhammad Ammar Danish yang dirawat di Hospital Dungun.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung di sini semalam.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button