BERITA SEMASA

Nadir al-Nuri dapat hadiah istimewa hari raya, kembali disatukan bersama isteri dan anak

KUALA LUMPUR – Setelah hampir enam bulan terpisah akibat peperangan, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir al-Nuri Kamaruzaman kembali disatukan dengan isteri dan anak-anaknya di Malaysia.

Dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya, Nadir turut memuatnaik gambar dia bersama tiga lagi anaknya.

“Selepas usaha panjang akhirnya kami disatukan. Perbincangan beberapa bulan.Pendapat ramainya ulama. Usaha begitu banyak pihak dan paling penting doa kalian semua.

“Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya, sehingga esok lusa.

“Selepas itu kami akan ceritakan bagaimana ia bermula, siapa di balik tirai misi ‘gila’,” katanya.

Dalam pada itu Nadir turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas hadiah paling istimewa di hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

Nadir yang berkahwin dengan balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi mempunyai tujuh anak termasuk lima anak tiri.

Dia yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) CGM sejak beberapa tahun lalu terpisah dengan anak dan isterinya selepas berlaku peperangan di Gaza antara pejuang Palestin dan rejim Zionis.

Sejak itu isteri dan anak-anaknya terpaksa berpindah randah untuk menyelamatkan diri daripada serangan menggila rejim Zionis ke atas bumi Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button