Berita Semasa

Nabil, Azad, Radin kembali bersiaran esok – Era FM

CYBERJAYA – Tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy, yang sebelum ini direhatkan akan kembali bersiaran, pagi esok.

Kemunculan kembali mereka bertiga diumumkan di laman Facebook Era Malaysia, sebentar tadi.

“Akan Kembali, Lock the date, Isnin ini, 7 April 2025 6 pagi bersama geng 3PE (3 Pagi Era),” kata kenyataan itu tanpa sebarang maklumat lanjut.

Rata-rata netizen menyambut baik kemunculan kembali mereka bertiga sambil memberikan kata-kata semangat:

“Welcome back! Baru semangat nk dgr 3PE esok pagi.” – Arieyann Sha

“Yeyyyyy barulah ngam… best!” – Faridah Halim

“Alhamdulillah. Cari rezeki elok2. Semoga dalam2 menghibur bg manfaat kat pendengar. Ikhlas dari sy.” – Gagak Hitam

Sebelum ini, ketiga mereka direhatkan susulan video kontroversi yang disiarkan di media sosial ERA bulan lepas yang dikaitkan dengan isu penghinaan agama.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut mengenakan kompaun sebanyak RM250,000 terhadap pengendali stesen radio berkenaan, Maestra Broadcast Sdn Bhd.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button