BERITA SEMASA

MyKad, lesen memandu Malaysia ditemukan di medan perang Rusia-Ukraine

CYBERJAYA – Tular di media sosial gambar menunjukkan Mykad dan lesen memandu Malaysia ditemukan di medan perang antara Ukraine dan Rusia.

Difahamkan, dokumen tersebut ditemukan selepas tentera Rusia berjaya menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, baru-baru ini.

GAMBAR MEDIA SOSIAL

Gambar dokumen ini tular di beberapa saluran Telegram dan platform X yang dikendalikan pemerhati perang pro-Rusia.

Selain itu, turut dipaparkan pasport serta dokumen identiti beberapa individu dari negara lain seperti Turkiye dan Croatia.

Gambar yang menjadi tular itu menunjukkan, lesen memandu Malaysia milik individu beralamat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia dan mempunyai tempoh sah sehingga Februari 2025.

Satu akaun di platform media sosial VK yang dikendalikan individu yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Wagner menyatakan dokumen tersebut diperoleh oleh pihak 336th Guards Naval Infantry Brigade (336th Marine Brigade).

“Baru-baru ini, anggota penyerang dari 336th Marine Brigade telah menyerbu beberapa kubu kuat musuh termasuk di Livadny,” kata pengendali akaun terbabit, sambil menambah bahawa tentera Rusia telah berjaya menumpaskan elemen tentera Ukraine serta pejuang asing di kawasan itu,” kata satu hantaran di platform media sosial, VK yang dipercayai dikendalikan individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Wagner.

Livadny merupakan kawasan yang pernah dikuasai oleh Rusia dalam fasa awal operasi ketenteraan khas terhadap Ukraine sebelum dirampas semula oleh Ukraine dalam serangan balas pada pertengahan 2023.

Buat masa ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penemuan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button