BERITA SEMASA

Murid 10 tahun maut dipukul guru besar di Pakistan

PESHAWAR – Seorang murid lelaki berusia 10 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan rotan oleh guru besar sekolahnya ketika perhimpunan pagi di daerah Khyber, Pakistan, Jumaat lalu.

Mangsa, Khyalmat Khan, dilaporkan dipukul berulang kali di bahagian kepala, tengkuk, muka dan belakang badan sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut pihak berkuasa, suspek dikenali sebagai Waar Ahmed telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Insiden tragik itu mencetuskan kemarahan penduduk setempat yang menuntut agar hukuman fizikal di sekolah segera diharamkan secara menyeluruh.

Pegawai Polis Daerah Khyber, Rai Mazhar Iqbal menyifatkan kejadian tersebut sebagai pencemaran terhadap kesucian profesion perguruan.

“Tiada sesiapa pun yang berhak menyalahgunakan kedudukan sebagai guru untuk melakukan kekejaman terhadap pelajar,” dalam kenyataan.

Kes ini turut mengingatkan masyarakat terhadap insiden-insiden lampau di Pakistan yang melibatkan penderaan dan kematian kanak-kanak di tangan guru serta majikan.

Walaupun undang-undang perlindungan kanak-kanak telah digubal sejak tahun 2021, pelaksanaan dan penguatkuasaan masih dilihat longgar sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar di institusi pendidikan negara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button