BERITA SEMASA

Muat naik video mengelirukan, MCMC panggil MyNewsHub

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun media sosial MyNewsHub untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video melibatkan sekumpulan audiens yang didakwa ‘mengamuk’ ketika perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.

Sementara itu, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button