
Muat naik kandungan jelik perkauman: MCMC rakam keterangan individu
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang individu berhubung kandungan berunsur jelik dan perkauman yang dimuat naik di media sosial miliknya.
Melalui satu kenyataan media hari ini, MCMC berkata, kandungan tersebut dipercayai menyentuh pelantikan Leftenan Jeneral baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan naratif bersifat perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta mengganggu perpaduan dan keharmonian negara.
“Dalam siasatan yang dijalankan, MCMC turut menyita satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM milik individu berkenaan sebagai bahan bukti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” menurut kenyataan itu.
Pihak MCMC turut menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik, menyebar atau berkongsi sebarang kandungan sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
“MCMC kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |