BERITA SEMASA

Muat naik kandungan jelik berkaitan pekerja Menara KL: Shafiq Abdul Halim dikompaun RM10,000

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap seorang individu kerana memuat naik kandungan jelik melampau membabitkan sentimen kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL di aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, tindakan yang diambil terhadap Mohamad Shafiq Abdul Halim itu dibuat setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara.

Katanya, ia juga hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Akta ini memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

“MCMC menasihati semua pengguna media sosial agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi.

MCMC turut menegaskan komitmen dalam memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sementara itu, Mohamad Shafiq dalam satu kenyataan media mengesahkan menerima kompaun tersebut yang dihantar oleh pegawai MCMC hari ini.

Bagaimanapun katanya, dia akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum pihak peguam menyediakan jawapan terhadap kompaun itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button