BERITA SEMASA

MPV rempuh taska, tiga termasuk kanak-kanak cedera

KEMAMAN – Seorang guru taska dan dua kanak-kanak cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora merempuh sebuah taska ketika sedang mengundur di Taman Sri Chukai, Jalan Pengkalan Sir, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang merupakan guru taska, Nurul Ain Idris, 31, luka pada bahagian mulut manakala Dhia Alisha Saffiya Mohd Faiz, 3, dan Mohd IIhasiq Azmi Mohd Ridwan, 1, cedera di muka serta kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah Proton Exora yang dipandu seorang warga emas berusia 72 tahun itu hilang kawalan dan merempuh dinding taska berkenaan.

“Sebelum kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan mengundur kenderaan yang dipandunya itu untuk keluar dari rumahnya yang terletak di depan taska terbabit.

“Ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya itu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa melanggar bangunan taska terbabit dengan jarak kira-kira lima meter dari rumahnya,” katanya.

Hanyan berkata, berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman dan mendapat rawatan di zon hijau hospital berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button