
MP Bukit Gantang dari Bersatu dilantik ketuai jawatankuasa di bawah NACCOL – PM
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul akan menerajui satu jawatankuasa di bawah Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen dari Bersatu itu akan membantu kerajaan untuk menangani harga makanan dan kos sara hidup di negara ini.
“Sahabat saya, Syed Abu Hussin sama-sama ambil inisiatif ini kerana walau kita lakukan pelbagai langkah, …kita tahu kos sara hidup meningkat.
“Kita umum tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tapi tak cukup kalau kita tak kawal harga barang.
“Saya terima teguran, permintaan orang ramai, kita adakan banyak jualan rahmah. Saya tengok harga ikan, ayam, beras (pada jualan) hari ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Ini kita kena perbanyakkan, sebab tu saya tugaskan Syed Abu Hussin untuk bantu NACCOL, saya mengesahkan supaya dia akan mengepalai kluster ini bagi menambah ikhtiar supaya Jualan Madani ini dapat kita tingkatkan, perluaskan dan kerapkan lagi di seluruh negara,” katanya pada Jualan Termurah Madani di Padang Taman Klebang Restu, hari ini.
Sebagai rekod, Syed Abu Hussin merupakan antara Ahli Parlimen pembangkang yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |