BERITA SEMASAPMX

MotoGP Sepang: PM sampaikan trofi kepada Francesco Bagnaia

SEPANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Menurut Perdana Menteri, beliau turut diberi penghormatan menyampaikan trofi kepada Francesco Bagnaia yang memenangi perlumbaan MotoGP Sepang.

“Saya juga sempat beramah mesra dengan rakan-rakan media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan selain di bawa meninjau fasiliti di SIC.

“Saya turut diberi penghormatan menyampaikan trofi kepada Francesco Bagnaia yang memenangi perlumbaan MotoGP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Perdana Menteri meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 hari ini. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam hantaran yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengucapkan tahniah kepada SIC yang menawarkan inisiatif tiket RAHMAH buat para peminat sukan permotoran negara

“Tahniah kepada SIC yang terus menawarkan inisiatif tiket RAHMAH buat para peminat sukan permotoran negara,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button