
MOT kesal tindakan pengusaha feri Langkawi umum kenaikan tambang
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) kesal dengan tindakan terburu-buru pengusaha feri Langkawi membuat pengumuman menaikkan kadar tambang feri hari ini.
Menterinya, Anthony Loke memberi amaran, tindakan menaikkan kadar tambang itu bakal menyebabkan para pengusaha feri tidak layak menerima subsidi diesel.
Jelasnya, MOT baharu saja mendapat kelulusan secara prinsip dari Kementerian Kewangan (MOF), Jumaat lalu untuk memberi bantuan subsidi diesel kepada pengusaha feri di pulau-pulau utama di seluruh negara termasuk Langkawi bermula 1 Januari depan.
“Saya memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik .
“Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.
Terdahulu, pengusaha feri Langkawi, Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) mengeluarkan satu kenyataan bahawa harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan dinaikkan antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |